Aku bangun pada pukul 6.30 pagi,mandi2,pakai contact memasukkan baju dan tuala kedalam beg dan membawa dua bungkusan plastik giant yang mengandungi beberapa makanan ringan yang ingin kusumbangkan dalam gathering sepaku kali ini.Kemudian aku meneruskan perjalanan dengan mengambil bas ke kota raya.Dari kota raya aku naik star lrt ke titiwangsa.
Aku berjumpa dengan semua member forum sepaku yang belum pernah kujumpa.Tapi aku kenal satu satu wajah mereka kerana aku ada add mereka didalam facebook hehe.Setelah berkumpul kami meneruskan perjalanan menuju ke Sungai Gabai,Hulu langat.Aku tumpang kereta deadmeta dan kami konvoi kesana sebanyak 6 buah kereta.Tapi konvoi kami kadang2 tersekat kerana tetibe traffic light merah apabila 4 buah kereta dah lepas tapi 2 buat kereta tersangkut lol...namun mereka menghubungi sesama sendiri,dan yang dah lepas akan berhenti di tepi jalan untuk menunggu yang tersangkut di traffic light.Setelah perjalanan yang sangat lama akhirnya kami sampai.Oleh kerana ramai org Dania,salah seorg user sepaku telah cop tempat paling atas.....dan tangganya begitu panjang sekali,aku rase kalah tangga gua batu caves.Haritu org india naik tangga batu caves,kami pulak naik tangga ke puncak sungai gabai.Ada diantara kami yang terpaksa berehat kerana kaki kami lenguh,disamping membawa barangan yang banyak namun kami gagahi jugak tangga tangga yang berderet dan seakan tiada penghujung itu...
Orang terakhir yang sampai adalah meta kerana die memikul ais.Kesian sungguh kami padanya.Dia dahla tidak cukup tidur semlm.Sarapan pagi pun belum lagi tapi terpaksa mengalami satu latihan fizikal yang sungguh mencabar emosi dan mental...
Setelah sampai dan memilih spot yang agak baik,tikar mula dibentang dan makanan mule dikeluarkan dari pelbagai jenis beg.Aku tak pasti sesiapa yang membekalkan makanan tapi rase2 nya akak Qaseh membekalkan nasi berserta lauk pauk yang sangat lazat dan menyelerekan.Kemudian isteri kepada nariaki sponsor nasi ayam yang masih lagi berasap dan memanggil manggil kami untuk menjamahnya.Rasenya ade org bawak kek coklat yang sedap giler tapi aku tak pasti siapakah gerangannya itu.Selain itu ade mee goreng,sandwich,karipap,coleslaw,kacang tanah,biskut tam tam,biskut beruang coklat dan bermacam macam lagi juadah yang kalo aku cerita sampai generasi ketujuh pun tak abes wakaka.Terima kasih kepada semua member member sepaku yang sudi membawa makanan untuk kami2 yang masih bujang dan anak dara trang tang tang ini.Jasamu akan sentiasa dikenang hehe.
Selepas melantak tak ingat,alat untuk bbq mula dikeluarkan dan operasi menjadi orang purba iaitu memulakan api pun dilancarkan.Pelbagai alatan digunakan untuk menghidupkan api diantaranya ialah,daun kering(sian pokok sebelah kami tu tak pasal2 jadi mangsa wakaka),getah tayar(tak taula dierorg rembat tayar keta siapa,aku tak bersalah huhu),lilin(sempat lagi nyanyi lagu happy besday...kak qaseh ah nyanyi,happy besday to me wakaka lawak siut),arang,tempurung kelapa(seb baik takde katak dlm tempurung tue wakaka) dan juga lighter sebagai pemangkin api(kami tak gosok batu taw untuk kuarkan api).
Operasi menghidupkan api agak sukar agak memakan masa.Ada yang kipas arang,tak kurang juga yang mengipas diri sendiri sebab kepanasan.Tapi kalau nak dirate orang paling terganas kipas di tempat pertama jatuh kepada dania.Keganasannya mengipas hampir menerbangkan member member sepaku yang berada disekelilingnya.Nasib baik bomoz koz menggunakan aura dan kuasanya untuk menghalang kami daripada terbang.wakaka.Setelah beberapa lama berada di situ,Lisa Ariana dan isteri kepada Nariaki datang dan turut membantu untuk memasak bbq.Kawan kepada reez juga turut hadir.
Pada saat dan ketika itu anak2 nariaki,dein,meta,term telah pun melepaskan rindu dendam mereka pada air sungai gabai yang mengalir sepoi sepoi bahasa.Ketika itu aku sorang je masih belum memakai baju rasmiku untuk turut menyertai mereka yang telahpun kebasahan.Akhirnya setelah ditanya oleh beberapa orang "max tak mandi ker" akhirnya aku redha(cewah ayat).Aku mule mengambil beg dan masuk ke bilik persalinan pakaian.Aku menyarungkan baju ala ala elastik yang kubeli dari langkawi berwarna purple siap ada gamba helang lagi tue.Jangan memain ekeke.Seluarku pula tracksuit kelabu.Kemudian aku meninggalkan selipar di pondok dan mule berenang berenang.Ketika aku turun,dierorg dah naik untuk makan,penat sangat kot mandi ekeke.Ketika tue ada meta sorang jer,so aku pun berenang renang berhampiran meta.
Lepas mandi aku naik sekejap untuk makan.Aku makan nasi ayam dan ayam bbq yang telah dibakar tadi beserta minuman sarsi.Kemudian aku berdiri seketika memerhatikan gelagat pengunjung yang sedang mandi di Sungai Gabai.Kelihatan beberapa orang anak muda sedang duduk di atas cerun lalu mereka membiarkan diri mereka jatuh seolah olah mereka sedang bermain roller coaster.Gelak tawa mereka menampar pupuk telingaku.Mereka kelihatan riang dan gembira bersama rakan rakan menikmati keindahan alam dan berseronok di Sungai Gabai.Dalam hatiku terdetik juga,yang aku ni sentiasa sibuk dengan pekerjaanku dibandar dan tak pernah langsung untuk berehat dan bercuti sebegini.Tiba tiba rasa bersyukur timbul,kerana mengenali sepaku,kerana jika aku tidak mengenali sepaku sampai bila bila mungkinku tak berpeluang bercuti sebegini.
Adeh aku tak larat nak tulis lagi nanti aku sambung ah....=D
0 comments:
Post a Comment