Friday, February 5, 2010

5 feb 2010

Yang pasal sungai Gabai aku malas nak taip lagi sebenarnya panjang lagi tapi rase cam malas jer....biarla sampai situ ekeke....

Okeh hari ni aku cuti,aku ingat nak return kotak p1-wimax yang kumiliki ini ke hq kerana aku masih lagi dalam cooling period.Jika dalam cooling period jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan p1-wimax anda boleh memulangkan kembali sebelum anda termasuk ke-dalam kontrak 24 bulan yang terlampau merbahaya jika dari awal anda tak puas hati....

Sebenarnya p1 ni bukanlah nak kate tak bagus tapi tak sesuai untuk aku sebab aku ni memang heavy internet user yang terlampau...aku boleh habiskan 1 hari idupku menghadap internet.Begitulah perumpamaan bertapa beratnya penggunaan internet yang boleh ku gunakan.

Tadi lepas jer bangun tido aku pergi sembahyang jumaat ngan kawan aku.Lepas sembahyang jumaat aku bertolak ke asia jaya menaiki bas yang tambangnya berharga RM1.80.mahal giler.dulu aku naik bas pergi Asia jaya singgit jer.Kos minyak da meningkat kot.Sesampainya di Asia Jaya aku berjalan menuju ke perhentian bas yang terdekat dan menahan sebuah teksi untuk pergi ke headquaters p1-wimax.Ketika perjalanan hujan turun dengan lebatnya.Sesekali aku berboraks dengan pemandu teksi tersebut.

Setelah sampai,aku memberitahu tujuan kedatanganku kepada si gadis manis yang sedang duduk di kaunter tiket.Die memicit butang lalu menyerahkan sehelai tiket kepadaku.Nombor giliranku 2013.Ketika aku melihat di skrin sekarang no 2011.Apabila aku melihat sekeliling kedengaran bunyi suara dari speaker "2012" kaunter 4.....".Aku ternampak beberapa laptop diletakkan di atas meja panjang untuk kemudahan penunggu melayari internet sementara menunggu giliran masing masing.Di sebelah meja itu,agak jauh terdapat mesin membancuh minuman,diikuti mesin yang mengeluarkan 3 jenis suhu air,air suam,air panas dan air sejuk.Beberapa gelas plastik disusun terbalik diletak hanya disebelah mesin minuman itu.

Aku berjalan menuju ke meja itu,mencapai secawan gelas,meletakkan gelas dibawah mesin minuman itu dan menekan butang yang tertulis "milo n creamer".Kemudian terkeluarlah air milo dan air putih,creamerla tue agaknya.Milo yang panas itu agak menyegarkanku kerana keadaan hujan yang begitu lebat diluar.Kemudian aku memilih satu laptop yang kosong duduk dan mula melayari internet.Aku merasa agak selesa kerana tempat dan suasananya yang agak menyenangkan

Setelah beberapa lama melayari internet aku terdengar nombor giliranku dipanggil.Agak tergopoh gapah jugala aku untuk signout emel kemudian berlari lari anak kearah kaunter.Ketika sampai di kaunter aku jadi bingung mencari kaunter no 3 yang disebut sebentar tadi kerana keadaan kaunternya yang tidak bernombor.Staff staff yang duduk di kaunter pula hanya melihat gelagatku sebelum masing-masing memberitahu dikaunter manakah seharusnya aku pergi.

Seorang gadis india dalam usia-20 an menyapaku dan bertanya beberapa soalan asas.Kemudian dia menyerahkan borang dan menyuruhku mengisi mengikut tempat yang telah ditandanya.Aku tekun mengisi sehingga habis.Kemudian dia meminta kad pengenalan dan lesen memanduku untuk diphotostat.Sementara menunggu dia pergi photostat aku sms kawanku bertanya tentang hal kerja.

Setelah beberapa proses yang ringkas,die meminta aku menyerahkan modem dan segalanya selesai.Aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.Oleh kerana hujan masih belum berhenti aku sambung main internet dan mengambil air chocolate pula.Kali ini aku menambah air sejuk kerana kurasakan lidahku hampir melecur minum air yang panas giler itu.Bile hujan dah reda,aku pun balik.....

2 comments:

Anonymous said...

aik!!
aku mintak maap la Bro, aku terbaca la diari ko ni..
muahhahah...

maxgamer said...

ah tidak...naper ko bace tidakkk!!!

Post a Comment