Woa lame sungguh aku tak update blog ni kan?bukan ape rasa cam malas pun ade nak tulis.Baiklah mari kite update blog yeeha
Ice Skating
Aritu kengkawan aku ajak pergi ice skating kat sunway pyramid masa gong xi fa cai.Aku malas giler nak pergi sebab aku langsung tak pandai main ice skating.Mase nak pergi tue aku cube berdolak dalik dan memberi seribu satu alasan untuk tidak pergi ke sana namun aura mereka nampaknya lebih kuat.Apabila tiba disana,seperti yang dijangka berlaku.Aku langsung tak pandai main.Mase pakai kasut tue,nak berjalan ke tempat ais pun aku susah nak balance.Mase nak letak kaki kat ais,kaki aku keras giler.Kasut tue bergerak gerak sendiri.Aku pun ape lagi pegangla dinding tue sekuat kuat ati.Aku tak kesahlah org nak ckp ape asalkan aku tak terjatuh kat atas ais tue dahla ekeke.Berapa kali terai pun susah sebab kaki aku keras giler.Aku tak dpt nak kontrol kaki aku.Last last setelah beberapa kali mencuba,aku berjaya paksa kawan aku bawak aku pergi tengah,aku pegang bahu die pestu meluncur.Aku tengok die meluncur smooth jer,pestu nak berlagak lak dengan aku.Seb baik kat atas ais kalau tak dah lame aku karate tengkuk die ditempat kejadian.Last2 aku pun bukak kasut ice skating dan just lepak2 kat luar tgk dierorg main.
Avatar 3d
Aritu kiterorg baru je nengok Avatar 3d,pestu dierorg ajak lagi ramai-ramai tengok lagi.Memang aku akui citer tue memang best so aku pun join dierorg tgk wayang tersebut.Lepas tengok tue pun still tak puas sebab unsur pengajaran yang begitu kuat serta filem yang penuh aksi tue memanggil memanggil aku nak tengok lagi so kepada sesiapa yang masih belum tengok lagi dan berminat nak tengok jangan sesegan ajak aku...aku on jer...ekeke
Projek Bergabung..Meletup
Aku beberapa hari ni ada berbincang dengan abang ipar aku tentang nak buat satu projek yang best tapi masih dalam perbincangan,namun jika projek ini menjadi...ia akan jadi macam lagu adam dan stacy...bergabung...meletup wakaka.Tak sabar tol aku nak tunggu projek ni jadi realiti yeehaa.Namun aku harus beringat dan tak boleh terlalu seronok sangat sehingga projek ini betul betul menjadi kenyataan kerana bak kata pepatah "Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan"
0 comments:
Post a Comment