Saturday, September 11, 2010

Asset Dan Liabiliti

Salah satu perkara yang aku belajar tentang game cashflow ialah asset dan liabiliti.Maksud liabiliti ialah benda yang menyebabkan kita mengeluarkan duit dari poket kita.Maksud asset pula ialah benda yang menghasilkan duit untuk kita.Lepas tu dalam game tu ade satu benda yang dipanggil "doodads".Doodads ialah kemahuan kita.Contohnya makan kat luar ke.Beli gadget2x komputer,tengok wayang dan sebagainya.

Mase aku main game tue,aku paling benci kalau dapat doodads,downsized dan dapat baby ahaha.
doodads mengeluarkan duit kite.Downsized ni macam kite ilang job.Dahla tak boleh jalan selama dua pusingan pestu kene bayar sebulan atau dua bulan gaji kalau tak silap.Memang geram tol.Baby plak menambah expenses bulanan dimana menpengaruhi cashflow.Tapi tu dalam gamela.Dalam real life akula yang paling suke "doodads" ehehe.

Aku rase setelah bemain permainan ini,aku akan cuba beberapa teknik kecil untuk refinance balik perbelanjaan gaji aku.Aku akan cuba mintak kurangkan sikit pembayaran hutang aku,lepas tu akan cube simpan sikit duit walaupun hanya RM50.Doodads still ade tapi aku akan cuba kurangkan sebab kalau Doodads takde pun,idup mesti boring punye.

Yang dapat baby tue,aku takleh nak cakap aperla sebab aku masih belum berkahwin lagi.Tapi kalau aku da kahwin dan dapat baby aku akan bersyukurla,takderla macam dalam game sebab bukan ke baby tu anak kite,bakal menyambung zuriat kite?

Walau apepun aku rase seronok dapat main game tue =D

Rat Race

Selamat hari raya aku ucapkan kepada sesape yang sudi bace blog ini.Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua orang yang mengenali aku.harap korunk gembire raye tahun ni.Okeh sekrg ni aku nak berkongsi satu permainan kewangan yang baru aku temui.Bio aku citer dr awal........

Permainan ni sebenarnya aku terbaca dari satu buku Rich dad poor dad.Kalau nak beli aderla dalam 3-4 ratus.Nasib baikla permainan ni ada online kalo tak memang tak belilah aku game ni ehehe.Sekrg bia aku citerkan serba ringkas tentang permainan ni.

Permainan rat race ni macam ala ala saidina dan monopoly tapi die unik sket.Tujuan permainan ini adalah mengajar kite tentang kesedaran kewangan.Pada mula permainan,kalau game online kita akan diberi satu kerjaya secara random.Diantaranya ialah janitor,guru,pereka laman web,doktor dan banyak agi.Gaji kita akan diberitahu,begitu juga dengan expenses bulanan kite.Aku dapati makin berkerjaya seseorg tu,makin tinggi expenses dierorg.Game ni ade 2 track.Track pertama dipanggil rat race.Dalam real life kite idup dalam track ni.Kerja,makan gaji.Berbelanja duit untuk anak,makanan dan pelbagai keperluan asas.Dan dalam ni juga kite diberi peluang untuk menambahkan income kite melalui real estate,dan juga pembelian saham.Kalau kite berjaya pilih peluang ni dengan betul dan tambahkan pendapatan kite,kite akan berjaya masuk ke track kedua iaitu fast track.

Dalam fast track,kite dah kire orang kayela.Kite boleh beli ape yang kite nak dan pendapatan kite mase tu da beratus ribu.Memang best hehe.Game ni banyak gak mengajar aku tentang kesedaran kewangan.Diantaranya,cashflow kite setiap bulan bukanlah income kita.Cashflow ialah income ditolakkan dengan expenses kita.Lepas da ditolak baki tu barulah kita boleh panggil cashflow.

Kemudian game ni menggalakkan kite mencari usaha-usaha untuk menambahkan pendapatan kita.Tujuan pelbagai pekerjaan diletakkan dalam game ni adalah untuk memberitahu sesiapa sahaja boleh berjaya jika mereka pandai mencari peluang.

Game ni ade dua.Satu dipanggil Cashflow 101.Yang ni kire basic.Game kedua dipanggil Cashflow 202.Game ni agak sukar sket.So kepada sesape yang nakkan cabaran setelah bermain 101 bolehlah beralih kepada 202 pulakz.