Saturday, September 11, 2010

Asset Dan Liabiliti

Salah satu perkara yang aku belajar tentang game cashflow ialah asset dan liabiliti.Maksud liabiliti ialah benda yang menyebabkan kita mengeluarkan duit dari poket kita.Maksud asset pula ialah benda yang menghasilkan duit untuk kita.Lepas tu dalam game tu ade satu benda yang dipanggil "doodads".Doodads ialah kemahuan kita.Contohnya makan kat luar ke.Beli gadget2x komputer,tengok wayang dan sebagainya.

Mase aku main game tue,aku paling benci kalau dapat doodads,downsized dan dapat baby ahaha.
doodads mengeluarkan duit kite.Downsized ni macam kite ilang job.Dahla tak boleh jalan selama dua pusingan pestu kene bayar sebulan atau dua bulan gaji kalau tak silap.Memang geram tol.Baby plak menambah expenses bulanan dimana menpengaruhi cashflow.Tapi tu dalam gamela.Dalam real life akula yang paling suke "doodads" ehehe.

Aku rase setelah bemain permainan ini,aku akan cuba beberapa teknik kecil untuk refinance balik perbelanjaan gaji aku.Aku akan cuba mintak kurangkan sikit pembayaran hutang aku,lepas tu akan cube simpan sikit duit walaupun hanya RM50.Doodads still ade tapi aku akan cuba kurangkan sebab kalau Doodads takde pun,idup mesti boring punye.

Yang dapat baby tue,aku takleh nak cakap aperla sebab aku masih belum berkahwin lagi.Tapi kalau aku da kahwin dan dapat baby aku akan bersyukurla,takderla macam dalam game sebab bukan ke baby tu anak kite,bakal menyambung zuriat kite?

Walau apepun aku rase seronok dapat main game tue =D

Rat Race

Selamat hari raya aku ucapkan kepada sesape yang sudi bace blog ini.Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua orang yang mengenali aku.harap korunk gembire raye tahun ni.Okeh sekrg ni aku nak berkongsi satu permainan kewangan yang baru aku temui.Bio aku citer dr awal........

Permainan ni sebenarnya aku terbaca dari satu buku Rich dad poor dad.Kalau nak beli aderla dalam 3-4 ratus.Nasib baikla permainan ni ada online kalo tak memang tak belilah aku game ni ehehe.Sekrg bia aku citerkan serba ringkas tentang permainan ni.

Permainan rat race ni macam ala ala saidina dan monopoly tapi die unik sket.Tujuan permainan ini adalah mengajar kite tentang kesedaran kewangan.Pada mula permainan,kalau game online kita akan diberi satu kerjaya secara random.Diantaranya ialah janitor,guru,pereka laman web,doktor dan banyak agi.Gaji kita akan diberitahu,begitu juga dengan expenses bulanan kite.Aku dapati makin berkerjaya seseorg tu,makin tinggi expenses dierorg.Game ni ade 2 track.Track pertama dipanggil rat race.Dalam real life kite idup dalam track ni.Kerja,makan gaji.Berbelanja duit untuk anak,makanan dan pelbagai keperluan asas.Dan dalam ni juga kite diberi peluang untuk menambahkan income kite melalui real estate,dan juga pembelian saham.Kalau kite berjaya pilih peluang ni dengan betul dan tambahkan pendapatan kite,kite akan berjaya masuk ke track kedua iaitu fast track.

Dalam fast track,kite dah kire orang kayela.Kite boleh beli ape yang kite nak dan pendapatan kite mase tu da beratus ribu.Memang best hehe.Game ni banyak gak mengajar aku tentang kesedaran kewangan.Diantaranya,cashflow kite setiap bulan bukanlah income kita.Cashflow ialah income ditolakkan dengan expenses kita.Lepas da ditolak baki tu barulah kita boleh panggil cashflow.

Kemudian game ni menggalakkan kite mencari usaha-usaha untuk menambahkan pendapatan kita.Tujuan pelbagai pekerjaan diletakkan dalam game ni adalah untuk memberitahu sesiapa sahaja boleh berjaya jika mereka pandai mencari peluang.

Game ni ade dua.Satu dipanggil Cashflow 101.Yang ni kire basic.Game kedua dipanggil Cashflow 202.Game ni agak sukar sket.So kepada sesape yang nakkan cabaran setelah bermain 101 bolehlah beralih kepada 202 pulakz.

Wednesday, August 25, 2010

arini.......

Raptai untuk ulangtahun syarikat

tadi aku pergi raptai untuk menyambut ulangtahun syarikat aku bekerja.Nanti akan ada perhimpunan dan aku terpilih untuk menjadi penarik bendera.haha.lawak sungguh.walaupun nampak cam senang,tapi aku agak gementar sebab time raptai ngan perhimpunan sebenar memang lain.Time perhimpunan semua bos bos besar akan turun melihat penarik bendera.Aku dahla cepat gabra.Harap2x semuanya berjalan lancar nanti.Oh lagi satu kiterorg akan dpt kurma percuma sempena ulangtahun kompeni yang 39.Best ker?lu pikirla sendiri haha

Tahap Sentapan terunggul

baru2x ni perasaan aku mudah terusik dan aku tak tahu kenapa.Ia bermula semalam apabila seorang rakan yang tak abes2x nak suruh buat sesuatu yang aku tak suke.Kalau die tak tau aku tak suke takperla.Aku da bagitau die banyak kali yang aku tak suke mende tue,die tak habes2x cakap benda yang sama berulang-ulang kali.Kalau ikutkan hati time tu jugak aku nak blah tinggalkan die,tapi nasib baikla fikiran waras aku berjaya menghalang aku.Lantakla kalau die nak terasa ke hape ke.Penat da nak jage hati orang yang tak tahu menghargai kebaikan kita.Biala die......

Karipap,Murtabak dan GCB

Hampir semua makanan yang sedap time Ramadhan,yang direkomen oleh rakan2ku,aku dah rasa dan semuanya memang sedap belaka.Kalau ade sesape nak rekomen lagi makanan2x yang terbukti sedap dan popular ckp jer ngan aku.Kalo aku minat sure aku akan try punye....

Sunday, August 22, 2010

Doa murah rezeki

Credits to:http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com/2009/02/doa-murah-rezeki.html












"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan





















"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


















Dulu erisya menghadapi masalah kewangan yang kritikal...pelbagai konflik berlaku bila poket kosong....gaji yang masuk akaun beri salam jer sebelum berpindah ke bank lain untuk membayar hutang. Pelbagai buku kewangan erisya beli....buku omputih , buku melayu , semua erisya beli jika ada tulis RM. Namun segala teori yang ada amat sukar untuk dipraktikkan. Akhirnya, erisya mengadu pada ar Razaq...tiada upaya lagi ...syukur dapat mengadu pada-Nya...tak perlu gantung diri atau terjun laut untuk lari dari masalah yang melanda hidup...yang menyesakkan jiwa...dan memeningkan kepala.
Nasib erisya berubah selepas menerima satu penggilan telefon seorang wanita. Ibu itu mengadu tiada wang untuk membayar yuran pengajian anaknya...walhal itu adalah tahun akhir. Sanak- sedara menghalaunya cara hormat bila dia nak pinjam wang. Adussss sedih! Erisya tak punya wang. Lagian takkanlah dia tak tahu kemelut yang menghimpit erisya ketika itu? Menurutnya, hatinya tergerak menelefon erisya selepas solat sunat hajat dan dhuha......ya Allah! dugaan apakah ini...sedangkan erisya benar2 tak punya uang! Baru semalam tekan ATM tapi duit tak masuk lagi! Sewa rumahpun belum berbayar lagi.
Selepas mengambil no akaun , erisya solat dan berdoa panjang....kemudian erisya ke ATM lagi....benar2 bertawakkal....syukur duit dalam akaun bank ada RM1510...ngam2 boleh kuarkan RM1500 untuk memenuhi permintaan ibu tersebut. Bagi erisya itu adalah rezeki anak ibu itu...Terus erisya pindahkan uang ke akaun ibu itu.
Tak lama kemudian tuan rumah menagih sewa rumah. Rasa sedih sangat sebab macam2 kata2 yang tak sedap didengar dihamburkan ke telinga....Dengan keciwa yang teramat sangat erisya tebalkan muka ke rumah kakak....tanpa banyak tanya kakak serahkan kad ATMnya pada erisya. Entah macam mana, erisya tergerak semak akaun bank erisya.....sebolehnya erisya tak mahu nyusahkan kakak!
Hampir luruh jantung erisya...ish! betul ka ni? Jelas tertera baki akaun adalah RM4,000.00 ! Erisya menangis sepuas-puasnya....rasa syukur teramat2 melihat kebesaran-Nya.
Sejak itu, erisya tak pernah putus rezeki lagi....meski cukup2 tapi tak pernah putus....malah boleh beli apa saja tanpa memikirkan cukupkah wang hingga hujung bulan.....anehnya wang sentiasa ada!
Wang yang erisya pinjamkan? Sesuatu berlaku (tak molek dikongsikan di sini)......namun erisya berlapang dada kerana Allah telah menggantikannya berkali-ganda! Benar kata orang, jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah pasti memudahkan urusan kita pula!












Friday, August 13, 2010

Bangun lambat lagi..........

Bangun lambat.

Semalam lepas sahur,aku ingat tanak tido.Nak terus pergi kerja.Tapi bile aku saje2 nak baring,sedar2x jam tepat2x pukul 8.Apelagi aku terus bangun dan bersiap siap pergi tempat keje.Sampai keje pukul 8.40 pagi...seb baik bos aku tak ckp pape....haha.Takpe aku rase musti die paham hehe.


Berbuka percuma di restoren budi

Semalam kawan aku ajak berbuka ramai-ramai kat restoren yang kiterorg selalu pergi.Masa nak datang situ,kiterorg terkejut sebab tak ramai org padahal jam dah pukul 7 petang.Kat dalam,ada beberapa kontena tersusun rapi.Kawan aku kate "ntah-ntah ade org da tempat kot?" Kiterorg masuk dan nak bertanye,tapi pekerja disitu suh kiterorg duduk.Lepas duduk,salah sorang kawan aku tanye akak pekerja tu untuk mintak satu lagi kerusi kosong sebab ade sorang lagi yang belum datang.Pekerja tu cakap,takleh mintak kerusi agi sebab,dierorg da kire kerusi ngam-ngam untuk org yang datang.Pekerja tu cakap,arini restoran tu ade buat majlis makan2x sempena puasa,dan sempena pembukaan pertama restoren itu pada bulan pose.So semua makanan itu dikira percuma.

Diantara menu2x makanan yang kiterorg makan ialah ayam kari,ikan sambal,ayam masak pedas.ade juga kuih muih,mihun,kurma dan air sirap.Lepas makan pemilik restoran tu bagi kiterorg semua tasbih free.Memang best...!!ehehe.Mase kiterorg nak gerak tu,aku ngan kengkawan aku bersalaman ngan pemilik restoran itu sambil mengucapkan terima kasih.......

harijadi kak sue dan kak ana

12hb dan 13hb Ogos sebenarnya ialah arijadi kak ana,diikuti kak sue tapi aku lom wish dierorg agi.Ingat nak banjer makan tapi sekrg bulan pose.Takperla nanti ari senin aku wish dierorg.=D


Tak abes2x agi

aku sebenarnya paling tak suke kalau org pakse aku buat mende yang aku tak suke.Kalau aku da cakap aku tak suke,maknanya memang aku tak suke.Makin org tu paksa aku lagi,makin aku akan menentang,tapi kenapala org tu tak paham paham agie?kalau die cakap sebab die ambil berat pasal aku,aku tersangatla berterima kasih kat die sebab amek berat pasal aku,tapi sile hormati pendirian aku.Bukan semua orang boleh berubah dalam sekelip mata.It needed times.


No friends?

aku ade borak ngan sorunk kawan aku ni,dan die bagitau its okay kalau takde kawan.anggap je org sekeliling kite sebagai kenalan.Bile aku fikir balik,betul juga kate die.Apa maksud kenalan?bagi aku kenalan adalah orang yang kite jumpe,orang yang kite tegur,tapi kita tak semestinya harus rapat dengan die.Aku rase aku ni tak sesuai berkawan dengan majoriti orang sebab prinsip idup aku memang lain giler dan tak sesuai dengan prinsip masyarakat sosial sekrg.Bagi aku kalau org nak cakap aku nerd,tak ramai kawan,aku tak kisah.This is who I am right now.Aku mungkin akan berubah dimasa hadapan menjadi better person,tapi for now,inilah aku.

Tuesday, August 10, 2010

Semalam.........

Ngantuk giler

aku dah beberapa hari tak cukup tido,pestu semalam,aku rase macam nak balik umah je tido.Aku rasa masa aku buat keje tu ngantuk giler.Rase macam di awang-awangan.Aku tak tahan,aku tido masa Kak Zah keluar beli makanan.Mase kak Zah balik,die nampak aku tido,kantoila plak haha.Lepas bangun,aku makan makanan yang Kak Zah belikan untuk satu department.Lepas tu shahrir call,suh naik atas.Aku cakap aku tengah makan,so tak dapatla aku naik atas.Abes jer makan aku tros naik atas,tapi shahrir dah keluar plak.Aku turun balik dan join Kak Ayu dan Kak Sue borak.Kemudian aku sambong tido balik ehehe.



Confirmation Letter

semalam k.ebby suh aku paskan confirmation letter kat azuad.Kejap je kan mase berlalu?pejam celik,pejam celik kejap je azuad da confirm huhu.Aku tak sabo sabo nak confirm gak.Tapi aku kenala rajin bekerja sket,baru cepat confirm,tol tak?Aku rase aku kena carik jalan untuk membuatkan kerja aku nampak happening supaya takdela aku tersengguk sengguk masa tengah wat keje,tapi aku masih lagi berfikir cemana nak memberi nafas baru kepada keje aku supaya kerja tersebut nampak menarik.......



Puasa

bulan puasa sudah pun tiba.Aku harap pada bulan puasa yang berkat ini aku dapat membersihkan diri aku serta memperbanyakkan amalan ibadah supaya aku dapat pahala yang berlipat kali ganda.Aku juga harap supaya aku dapat puasa full 30 hari macam tahun lepas.Pencapaian terbaik aku pada tahun lepas ialah apabila aku pose time demam2x.Rasa bangga giler haha,tapi time tue rasa seksa sangat.Takpe tula yang akan jadi antara kenangan paling bermakna dalam idup aku nanti =D

Friday, August 6, 2010

6 Ogos 2010

Pot Luck

Tadi ade "pot luck" kat opis aku.Maksud pot luck,masing-masing bawak makanan yang dimasak di rumah,pestu kiterorg makan ramai2 kat opis.Best betul dapat makan.Aku bawak kari ayam yang mak aku masak dari rumah.Lepas sembahyang jumaat,licin beb kari ayam mak aku.Memang laku betul hehe.Diantara makanan yang dibawa ialah kuih muih,nasi putih,ayam masak kurma,kari,spaghetti,ikan bakar,sambal belacan,air longan dan banyak lagila.Memang best btol time tue,kiterorg berborak borak,bergurau-gurau.Suasana pun ceria jer huhu..........

Puasa

Bulan Ramadhan semakin menghampiri,kalau tak silap 11hb Ogos iaitu pada hari rabu depan.Ini akan jadi first time aku menyambut Ramadhan sebagai kerani,dengan suasana pejabat.Aku rasa excited sungguh.Tak sabar-sabar nak tunggu puasa menjelang tibe.Kali ni aku akan cube melakukan banyak amal,lebih daripada bulan lepas dan yang paling penting pastikan puasa aku bulan ni full cam bulan lepas.Baru ada semangat time raya nanti.