Pot Luck
Tadi ade "pot luck" kat opis aku.Maksud pot luck,masing-masing bawak makanan yang dimasak di rumah,pestu kiterorg makan ramai2 kat opis.Best betul dapat makan.Aku bawak kari ayam yang mak aku masak dari rumah.Lepas sembahyang jumaat,licin beb kari ayam mak aku.Memang laku betul hehe.Diantara makanan yang dibawa ialah kuih muih,nasi putih,ayam masak kurma,kari,spaghetti,ikan bakar,sambal belacan,air longan dan banyak lagila.Memang best btol time tue,kiterorg berborak borak,bergurau-gurau.Suasana pun ceria jer huhu..........
Puasa
Bulan Ramadhan semakin menghampiri,kalau tak silap 11hb Ogos iaitu pada hari rabu depan.Ini akan jadi first time aku menyambut Ramadhan sebagai kerani,dengan suasana pejabat.Aku rasa excited sungguh.Tak sabar-sabar nak tunggu puasa menjelang tibe.Kali ni aku akan cube melakukan banyak amal,lebih daripada bulan lepas dan yang paling penting pastikan puasa aku bulan ni full cam bulan lepas.Baru ada semangat time raya nanti.
0 comments:
Post a Comment