Sunday, February 28, 2010

Hidup sendiri

aku ada impian iaitu untuk hidup sendiri.Aku ni jenis pemalu so aku takdela ramai kawan kecuali kawan sekerja atau kawan kawan sekolah yang sekepala dengan aku.Impian aku hidup sensorang di kondo atau apartment,ade sebijik komputer yang mempunyai line internet untuk aku melayari internet.Kalau boring mungkin aku main game kot.Aku tau impian aku ni agak pelik kerana kebanyakkan impian org adalah untuk berkeluarga,mempunyai kerjaya yang tetap tapi impian aku ni pelik sket.Sebab tue ade peribahasa mengatakan "Rambut sama hitam,tapi hati lain lain".Walaupun aku dah meningkat dewasa impian aku tak pernah pudar malah bertambah kuat..........

Monday, February 22, 2010

Chemical Peeling

Aritu aku bace kat suratkhabar ade org wat "chemical peeling" untuk membuang sel kulit mati.So bile sel kulit mati da takde so muke kite secara automatik tiada jerawat dan lubang lubang itam.Lepas bace tue semangat aku berkobar kobar nak wat chemical peeling yerla nak hapuskan jeragat-jeragat punye pasal.Tapi setelah aku cari kat internet rupanya chemical peeling ni berbahaya giler.Ramai org kate lepas buat chemical peeling kulit muke dierorg rase cam terbakar.Pergh bahaya siut.Lagi satu proses chemical peeling ni menipiskan kulit muka so bile kulit muke da nipis memang bahaya gilerla.Jerawat dan segala anasir anasir tak baik boleh mendatangi wajah kite.Setelah membaca pelbagai cerita seram,disusuli dengan gambo-gambo yang menakutkan aku terus membatalkan niat nak buat chemical peeling.Nasib baik aku cek kat tenet dulu hoho....

Saturday, February 20, 2010

Blues...jiwang

Aku selalu menginginkan satu keadaan dimana aku sentiasa dihargai,disayangi dan selalu disokong setiap masa.Kebanyakkan kawan-kawan aku selalu memegang prinsip yang kita harus berdikari,berdiri atas kaki sendiri.Dunia ni macam orang makan orang.Kita harus kuat.Aku tak kate ape yg dierorg kate tue salah.Mungkin pengalaman mereka mengajar mereka sebegitu,tapi aku juga percaya wujudnya satu keadaan dimana setiap orang disayangi,sentiasa disokong dan dihargai.Ini adalah salah satu prinsip aku dan aku takkan mengalah tak kira apa orang nak kata.

Mulut manusia memang tak boleh ditutup.Kalau apa yang dia orang kata mengecam atau mengkritik aku,aku rasa biarlah dierorg,bukan dierorg yang tanggung aku makan atau jaga aku pun.Bukan dierorg yang besarkan aku,ataupun tolong aku ketika aku dalam kesusahan.Diri aku,aku yang kawal bukan dierorg.Kalau dierorg nak kutuk aku ataupun kecam aku,aku doakan dierorg bahagia dengan mulut dierorg yang takde insurans tue.Kalau dulu aku jumpa dengan orang yang mulut macam tue,aku selalu harap dierorg kena langgar lori balak ataupun lori kontena namun esoknya dierorg masih lagi hidup.Memang aku terkejut sebab dierorg hidup lagi sebab kalau dah kena langgar dengan lori balak mesti badan dierorg dah hancur remuk.Tapi sebenarnya memang tak baik doakan orang begitu.

So sekrg kalau aku jumpa org yang macam tue,aku just diam jer,anggap die org gila dan teruskan dengan kehidupan aku.Aku memang boleh berubah tapi aku tak suka dipaksa.Aku berubah dengan kerelaan hati aku sendiri.Tak siapa suka dipaksa untuk berubah,ketika mereka masih belum bersedia.

Friday, February 19, 2010

19 hb February

Woa lame sungguh aku tak update blog ni kan?bukan ape rasa cam malas pun ade nak tulis.Baiklah mari kite update blog yeeha

Ice Skating

Aritu kengkawan aku ajak pergi ice skating kat sunway pyramid masa gong xi fa cai.Aku malas giler nak pergi sebab aku langsung tak pandai main ice skating.Mase nak pergi tue aku cube berdolak dalik dan memberi seribu satu alasan untuk tidak pergi ke sana namun aura mereka nampaknya lebih kuat.Apabila tiba disana,seperti yang dijangka berlaku.Aku langsung tak pandai main.Mase pakai kasut tue,nak berjalan ke tempat ais pun aku susah nak balance.Mase nak letak kaki kat ais,kaki aku keras giler.Kasut tue bergerak gerak sendiri.Aku pun ape lagi pegangla dinding tue sekuat kuat ati.Aku tak kesahlah org nak ckp ape asalkan aku tak terjatuh kat atas ais tue dahla ekeke.Berapa kali terai pun susah sebab kaki aku keras giler.Aku tak dpt nak kontrol kaki aku.Last last setelah beberapa kali mencuba,aku berjaya paksa kawan aku bawak aku pergi tengah,aku pegang bahu die pestu meluncur.Aku tengok die meluncur smooth jer,pestu nak berlagak lak dengan aku.Seb baik kat atas ais kalau tak dah lame aku karate tengkuk die ditempat kejadian.Last2 aku pun bukak kasut ice skating dan just lepak2 kat luar tgk dierorg main.


Avatar 3d

Aritu kiterorg baru je nengok Avatar 3d,pestu dierorg ajak lagi ramai-ramai tengok lagi.Memang aku akui citer tue memang best so aku pun join dierorg tgk wayang tersebut.Lepas tengok tue pun still tak puas sebab unsur pengajaran yang begitu kuat serta filem yang penuh aksi tue memanggil memanggil aku nak tengok lagi so kepada sesiapa yang masih belum tengok lagi dan berminat nak tengok jangan sesegan ajak aku...aku on jer...ekeke


Projek Bergabung..Meletup

Aku beberapa hari ni ada berbincang dengan abang ipar aku tentang nak buat satu projek yang best tapi masih dalam perbincangan,namun jika projek ini menjadi...ia akan jadi macam lagu adam dan stacy...bergabung...meletup wakaka.Tak sabar tol aku nak tunggu projek ni jadi realiti yeehaa.Namun aku harus beringat dan tak boleh terlalu seronok sangat sehingga projek ini betul betul menjadi kenyataan kerana bak kata pepatah "Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan"

Sunday, February 7, 2010

7h Feb 2010

Hari ini aku keluar beramai ramai dengan kawan kawanku ke Sunway Pyramid.Memang best giler.Macam-macam aktiviti yang kiterorg buat.Diantaranya pergi makan ramai ramai,lepas tue pergi karaoke kat ampsquare,disebabkan aku tak pandai menyanyi,aku just join part nyanyi yang ramai ramai.Memang meriah giler kalau keluar ramai ramai.Macam macam gelagat.Lepas tue kiterorg ramai ramai tengok citer avatar sebab ade yang kate citer tue best giler...aha...kiterorg bukan tengok avatar biasa..kiterorg tengok yang 3d syiok woo..

Citer die best giler,cukup gabungan diantara babak aksi,percintaan,perpaduan,kesedihan,tidak mudah mengalah dan melakukan perkara yang tidak dapat dibayangkan.Citer tue memang best dan aku tak kisah untuk menontonnya lagi sekali.Aku ingat nak tengok lagi ah sape nak ikut aku?hehe

Friday, February 5, 2010

5 feb 2010

Yang pasal sungai Gabai aku malas nak taip lagi sebenarnya panjang lagi tapi rase cam malas jer....biarla sampai situ ekeke....

Okeh hari ni aku cuti,aku ingat nak return kotak p1-wimax yang kumiliki ini ke hq kerana aku masih lagi dalam cooling period.Jika dalam cooling period jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan p1-wimax anda boleh memulangkan kembali sebelum anda termasuk ke-dalam kontrak 24 bulan yang terlampau merbahaya jika dari awal anda tak puas hati....

Sebenarnya p1 ni bukanlah nak kate tak bagus tapi tak sesuai untuk aku sebab aku ni memang heavy internet user yang terlampau...aku boleh habiskan 1 hari idupku menghadap internet.Begitulah perumpamaan bertapa beratnya penggunaan internet yang boleh ku gunakan.

Tadi lepas jer bangun tido aku pergi sembahyang jumaat ngan kawan aku.Lepas sembahyang jumaat aku bertolak ke asia jaya menaiki bas yang tambangnya berharga RM1.80.mahal giler.dulu aku naik bas pergi Asia jaya singgit jer.Kos minyak da meningkat kot.Sesampainya di Asia Jaya aku berjalan menuju ke perhentian bas yang terdekat dan menahan sebuah teksi untuk pergi ke headquaters p1-wimax.Ketika perjalanan hujan turun dengan lebatnya.Sesekali aku berboraks dengan pemandu teksi tersebut.

Setelah sampai,aku memberitahu tujuan kedatanganku kepada si gadis manis yang sedang duduk di kaunter tiket.Die memicit butang lalu menyerahkan sehelai tiket kepadaku.Nombor giliranku 2013.Ketika aku melihat di skrin sekarang no 2011.Apabila aku melihat sekeliling kedengaran bunyi suara dari speaker "2012" kaunter 4.....".Aku ternampak beberapa laptop diletakkan di atas meja panjang untuk kemudahan penunggu melayari internet sementara menunggu giliran masing masing.Di sebelah meja itu,agak jauh terdapat mesin membancuh minuman,diikuti mesin yang mengeluarkan 3 jenis suhu air,air suam,air panas dan air sejuk.Beberapa gelas plastik disusun terbalik diletak hanya disebelah mesin minuman itu.

Aku berjalan menuju ke meja itu,mencapai secawan gelas,meletakkan gelas dibawah mesin minuman itu dan menekan butang yang tertulis "milo n creamer".Kemudian terkeluarlah air milo dan air putih,creamerla tue agaknya.Milo yang panas itu agak menyegarkanku kerana keadaan hujan yang begitu lebat diluar.Kemudian aku memilih satu laptop yang kosong duduk dan mula melayari internet.Aku merasa agak selesa kerana tempat dan suasananya yang agak menyenangkan

Setelah beberapa lama melayari internet aku terdengar nombor giliranku dipanggil.Agak tergopoh gapah jugala aku untuk signout emel kemudian berlari lari anak kearah kaunter.Ketika sampai di kaunter aku jadi bingung mencari kaunter no 3 yang disebut sebentar tadi kerana keadaan kaunternya yang tidak bernombor.Staff staff yang duduk di kaunter pula hanya melihat gelagatku sebelum masing-masing memberitahu dikaunter manakah seharusnya aku pergi.

Seorang gadis india dalam usia-20 an menyapaku dan bertanya beberapa soalan asas.Kemudian dia menyerahkan borang dan menyuruhku mengisi mengikut tempat yang telah ditandanya.Aku tekun mengisi sehingga habis.Kemudian dia meminta kad pengenalan dan lesen memanduku untuk diphotostat.Sementara menunggu dia pergi photostat aku sms kawanku bertanya tentang hal kerja.

Setelah beberapa proses yang ringkas,die meminta aku menyerahkan modem dan segalanya selesai.Aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.Oleh kerana hujan masih belum berhenti aku sambung main internet dan mengambil air chocolate pula.Kali ini aku menambah air sejuk kerana kurasakan lidahku hampir melecur minum air yang panas giler itu.Bile hujan dah reda,aku pun balik.....