Sunday, May 30, 2010

30 hb Mei 2010

Lame giler aku tak update blog ni so ape laie lets go..

Penyata KWSP

Semalam,hari sabtu 29 Mei,aku pergi check penyata KWSP aku dekat Easy RHB berdekatan ngan rumah aku.Lepas je mesin tue print penyata aku,terkejut aku tengok penyata tue tak update2 lagi sedangkan dah 2 bulan aku kerja kat KNGL.Mase aku dapat slip gaji pun ade tulis kat slip gaji,sebahagian kecil gaji aku da ditolak masuk KWSP.Hurm..ni yang musykil.Takpe ari isnin nanti aku masuk opis aku tanye samada kak Embun atau Kak Shikin.Rileks...bawak bertenang....

Rumah Baru?

Tadi aku call kawan aku,die kate dia ada kat rumah baru dia.Dia kate dalam tahun ni,keluarga dia akan berpindah ke rumah baru di Rawang,tapi die still akan stay kat umah lama sebab die masih bekerja dekat area area situ.Die siap offer aku tinggal dekat rumah lama die kalau family die da berpindah nanti.Lagi satu die bagitau die nak renovate umah lama die kaw-kaw bagi cantek sket...huhu.

Cabaran Baru

First time dalam hidup aku,dapat gaji terus habis,aku tak taula bulan ni aku nak makan camana.Aritu ari sabtu aku O.T seb baik ada makanan sket kat opis,tapi memang tak kenyang.Bile sampai umah letak nasi satu pinggan penuh,beberapa ketul ayam ngan sayur berapa senduk ntah.Terkejut akak ngan mak aku tengok sebab biasanya aku makan sikit jer.Tue baru sehari.Sebulan ada 30 hari...cemana aku nak lalui hari2 yang mendatang nanti...I have no idea at all...

Wednesday, May 26, 2010

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa nayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. "Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Monday, March 1, 2010

Renungan

Diambil dari blog koz:http://kozumi.sepaku.net/





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur
lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan
tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu – Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu – Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu – Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya sayangkan ibu”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘TELAH DIBAYAR’ pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,

Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?

Rasulullah menjawab,

Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.”

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Sunday, February 28, 2010

Hidup sendiri

aku ada impian iaitu untuk hidup sendiri.Aku ni jenis pemalu so aku takdela ramai kawan kecuali kawan sekerja atau kawan kawan sekolah yang sekepala dengan aku.Impian aku hidup sensorang di kondo atau apartment,ade sebijik komputer yang mempunyai line internet untuk aku melayari internet.Kalau boring mungkin aku main game kot.Aku tau impian aku ni agak pelik kerana kebanyakkan impian org adalah untuk berkeluarga,mempunyai kerjaya yang tetap tapi impian aku ni pelik sket.Sebab tue ade peribahasa mengatakan "Rambut sama hitam,tapi hati lain lain".Walaupun aku dah meningkat dewasa impian aku tak pernah pudar malah bertambah kuat..........

Monday, February 22, 2010

Chemical Peeling

Aritu aku bace kat suratkhabar ade org wat "chemical peeling" untuk membuang sel kulit mati.So bile sel kulit mati da takde so muke kite secara automatik tiada jerawat dan lubang lubang itam.Lepas bace tue semangat aku berkobar kobar nak wat chemical peeling yerla nak hapuskan jeragat-jeragat punye pasal.Tapi setelah aku cari kat internet rupanya chemical peeling ni berbahaya giler.Ramai org kate lepas buat chemical peeling kulit muke dierorg rase cam terbakar.Pergh bahaya siut.Lagi satu proses chemical peeling ni menipiskan kulit muka so bile kulit muke da nipis memang bahaya gilerla.Jerawat dan segala anasir anasir tak baik boleh mendatangi wajah kite.Setelah membaca pelbagai cerita seram,disusuli dengan gambo-gambo yang menakutkan aku terus membatalkan niat nak buat chemical peeling.Nasib baik aku cek kat tenet dulu hoho....

Saturday, February 20, 2010

Blues...jiwang

Aku selalu menginginkan satu keadaan dimana aku sentiasa dihargai,disayangi dan selalu disokong setiap masa.Kebanyakkan kawan-kawan aku selalu memegang prinsip yang kita harus berdikari,berdiri atas kaki sendiri.Dunia ni macam orang makan orang.Kita harus kuat.Aku tak kate ape yg dierorg kate tue salah.Mungkin pengalaman mereka mengajar mereka sebegitu,tapi aku juga percaya wujudnya satu keadaan dimana setiap orang disayangi,sentiasa disokong dan dihargai.Ini adalah salah satu prinsip aku dan aku takkan mengalah tak kira apa orang nak kata.

Mulut manusia memang tak boleh ditutup.Kalau apa yang dia orang kata mengecam atau mengkritik aku,aku rasa biarlah dierorg,bukan dierorg yang tanggung aku makan atau jaga aku pun.Bukan dierorg yang besarkan aku,ataupun tolong aku ketika aku dalam kesusahan.Diri aku,aku yang kawal bukan dierorg.Kalau dierorg nak kutuk aku ataupun kecam aku,aku doakan dierorg bahagia dengan mulut dierorg yang takde insurans tue.Kalau dulu aku jumpa dengan orang yang mulut macam tue,aku selalu harap dierorg kena langgar lori balak ataupun lori kontena namun esoknya dierorg masih lagi hidup.Memang aku terkejut sebab dierorg hidup lagi sebab kalau dah kena langgar dengan lori balak mesti badan dierorg dah hancur remuk.Tapi sebenarnya memang tak baik doakan orang begitu.

So sekrg kalau aku jumpa org yang macam tue,aku just diam jer,anggap die org gila dan teruskan dengan kehidupan aku.Aku memang boleh berubah tapi aku tak suka dipaksa.Aku berubah dengan kerelaan hati aku sendiri.Tak siapa suka dipaksa untuk berubah,ketika mereka masih belum bersedia.

Friday, February 19, 2010

19 hb February

Woa lame sungguh aku tak update blog ni kan?bukan ape rasa cam malas pun ade nak tulis.Baiklah mari kite update blog yeeha

Ice Skating

Aritu kengkawan aku ajak pergi ice skating kat sunway pyramid masa gong xi fa cai.Aku malas giler nak pergi sebab aku langsung tak pandai main ice skating.Mase nak pergi tue aku cube berdolak dalik dan memberi seribu satu alasan untuk tidak pergi ke sana namun aura mereka nampaknya lebih kuat.Apabila tiba disana,seperti yang dijangka berlaku.Aku langsung tak pandai main.Mase pakai kasut tue,nak berjalan ke tempat ais pun aku susah nak balance.Mase nak letak kaki kat ais,kaki aku keras giler.Kasut tue bergerak gerak sendiri.Aku pun ape lagi pegangla dinding tue sekuat kuat ati.Aku tak kesahlah org nak ckp ape asalkan aku tak terjatuh kat atas ais tue dahla ekeke.Berapa kali terai pun susah sebab kaki aku keras giler.Aku tak dpt nak kontrol kaki aku.Last last setelah beberapa kali mencuba,aku berjaya paksa kawan aku bawak aku pergi tengah,aku pegang bahu die pestu meluncur.Aku tengok die meluncur smooth jer,pestu nak berlagak lak dengan aku.Seb baik kat atas ais kalau tak dah lame aku karate tengkuk die ditempat kejadian.Last2 aku pun bukak kasut ice skating dan just lepak2 kat luar tgk dierorg main.


Avatar 3d

Aritu kiterorg baru je nengok Avatar 3d,pestu dierorg ajak lagi ramai-ramai tengok lagi.Memang aku akui citer tue memang best so aku pun join dierorg tgk wayang tersebut.Lepas tengok tue pun still tak puas sebab unsur pengajaran yang begitu kuat serta filem yang penuh aksi tue memanggil memanggil aku nak tengok lagi so kepada sesiapa yang masih belum tengok lagi dan berminat nak tengok jangan sesegan ajak aku...aku on jer...ekeke


Projek Bergabung..Meletup

Aku beberapa hari ni ada berbincang dengan abang ipar aku tentang nak buat satu projek yang best tapi masih dalam perbincangan,namun jika projek ini menjadi...ia akan jadi macam lagu adam dan stacy...bergabung...meletup wakaka.Tak sabar tol aku nak tunggu projek ni jadi realiti yeehaa.Namun aku harus beringat dan tak boleh terlalu seronok sangat sehingga projek ini betul betul menjadi kenyataan kerana bak kata pepatah "Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan"