Monday, January 2, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Tak Makbul Sebenarnya

Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

MARI MENJADI HAMBA!

Sumber: http://www.langitilahi.com/

Friday, December 30, 2011

30hb December 2011

Wah dah lama kot ak x updet blog ni.Dah banyak sangat mende yg berlaku kat diri ak...Ok jom kite lihat ape yg telah terjadik pada ak......hehe


Handphone baru

Ok kalo dulu ak pakai handphone Sony Ericson,pestu ak tukar jadi blackberry bold.Ak mintak tolong kawan ak carik sekali ngan ak.Mase mule mule ak dapat pakai BB,hanya Allah jerla yg tau perasaan ak.Dulu kn BB cam orang kaye kaye n businessman yg gune kan?Ak rasa cam level ak da naik mendadak biler pakai BB walaupun,bulan tu ak terpaksa ikat perut.Hahaha.Bak kate org,Biar Papa asalkan bergaya ekeke.Gler btol ak time tu,sanggup beli hp tu dan ikat perot selama sebulan.Sejak ak ada BB,memang setiap masa lah dengan BB ak.Makan BB.Tido BB.Lepak ngan membe pun asyik layan BB,sampai dierorg jeles kerapatan ak dan BB ak....wahahaha.Ko hado ke?

Lepas BB ak rosak,ak plak pegi memandai amek skru driver dan bukak BB tuh.Pestu apelagi,makin jahanamlah BB ak.Lepas BB ak rosak terok,ak pun tukar pakai nokia yg paling cikai,sambil mengumpul duit utk beli hp baru yg lebih canggih.Setelah lame ak mengumpul duit,akhirnya ak berjaya membeli sebuah smartphone lama dari htc yang dikeluarkan pada tahun 2009.Itulah handphone pertama yang mempunyai processor 1gb.HTC HD2.Skrin die besar gedabak,so kalo tgk video memangla puas ati sket berbanding hp lain yang bersaiz kecil.So currently ak sedang memakai HTC HD2.....

Tuesday, January 25, 2011

Meraikan.......

Hari Jumaat ni aku akan meraikan rakan sekerja aku yang da nak berenti keje.Kiterorg bercadang nak gie makan-makan time Sembahyang Jumaat nanti.Akak yang da nak berhenti tu name die K.Ebby.K.Ebby cadang kat aku,makan kat KFC jer ramai-ramai tong-tong dan ofcosla die takyah bayar kan sebab kiterorg wat makan-makan ni pun untuk meraikan die.Tapi aku decide untuk meraikan harijadi member sekerja aku gak iaitu Azuad yang harijadi die jatuh pada 29.1.2011 ni.K.Ebby bagitau aku die leh bawak kek nanti.Ye ye je die tue.Dahla gaji die kene tahan sebab die berenti keje awal.Ade ke duit die nak beli kek nanti?Takpun dia nak buat kek tu sendiri?Pandai ke dia buat kek?Ahahaha.So bile nak meraikan Azuad plak,dah tentulah bilangan yang tak perlu bayar bertambah ke 2 orang.Wahaha.Jangan salah sangka.Aku saje je tue.Aku tak berkira okay ngan member2x yang aku suke.Harap-harap hari Jumaat nanti semuanya berjalan lancar.

Aku masih lagi memikirkan samada aku nak amek ataupun tak offer Maxis(Chinese New Year) untuk BlackBerry 8520 selama 2 tahun dengan harga RM88.Bagi aku itulah harga paling murah BB dari segi postpaid.Dulu kakak aku ade amek BlackBerry Curve 8520(mase die baru keluar gakla) dengan harga RM588,kontrak selama setahun.Aku tanye die berapa average bulanan die.Die kate die amek plan dalam RM60+++.Tapi ade campo internet khas untuk BB yang dipanggil BIS,so die kate die bayar dalam RM100+ gakla bulan2x.

So aku ade gak cek Maxis punye plan tadi.Plan paling murah ialah RM30.Kalaulah Maxis bagi aku amek plan tue,campo BIS,katekan RM40,mungkin aku hanya akan bayar dalam RM70++ kalau aku tak banyak bergayutla.Walau ape ape pun,last2x memang kene consult gak dengan pihak Maxis.

Tapi aku tak pasti samada aku nak amek Blackberry.Sebab dulu aku minat HTC yang member sekerja aku pakai.Feature yg aku minat ialah touchscreen,wifi,tgk streaming video dan ada storan besar.Lehla simpan bermacam macam jenis video nanti WAHAHAHA.

Tuesday, November 23, 2010

23hb November 2010

Spiritual Chat

Today I am having fun chatting with a friend of mine about some things.I feel so happy and felt time moving so fast.I wish everyday will be like this.I am having fun while working,nothing more I could ask.......

Monday, November 22, 2010

22 November 2010

Blog Contest

Recently there is a blog contest to win a free ticket to watch "Social Network" movies.The contest is quite simple.We have to write a review on our own about the movie.Then include some picture or maybe a trailer about the movie in our blog.After reading a couples of blog that try to win the contest,I feel so lazy to write about the movie and I dont know why lol.

Sunday, November 21, 2010

22 November 2010

Handphone

My handphone has a little bit problem.Sometimes it went off by itself.I thought I want to buy blackberry from my sister,but she has other commitment so she can't sell the phone.I want to buy a budget phone with the latest technology of course haha.The main criteria for the phone must have a wifi so I can online if I go to a restaurant which has a wifi service.Then it will be easier for me to online.Even Sunway Pyramid has a wifi service,so if I decided to "cuci mata" at Pyramid then I can online at the same time he he he.

Financial

My financial is getting haywired.It makes me confused on what to do.I think I should make some kind of money management programme to manage my money more efficiently.Maybe I should consider working part time after my work?Then continue working saturday and sunday?Wow...then my life ultimate goal is work and work?Looks like boring....but I bet I will be loaded with cash lol.

Saturday, September 11, 2010

Asset Dan Liabiliti

Salah satu perkara yang aku belajar tentang game cashflow ialah asset dan liabiliti.Maksud liabiliti ialah benda yang menyebabkan kita mengeluarkan duit dari poket kita.Maksud asset pula ialah benda yang menghasilkan duit untuk kita.Lepas tu dalam game tu ade satu benda yang dipanggil "doodads".Doodads ialah kemahuan kita.Contohnya makan kat luar ke.Beli gadget2x komputer,tengok wayang dan sebagainya.

Mase aku main game tue,aku paling benci kalau dapat doodads,downsized dan dapat baby ahaha.
doodads mengeluarkan duit kite.Downsized ni macam kite ilang job.Dahla tak boleh jalan selama dua pusingan pestu kene bayar sebulan atau dua bulan gaji kalau tak silap.Memang geram tol.Baby plak menambah expenses bulanan dimana menpengaruhi cashflow.Tapi tu dalam gamela.Dalam real life akula yang paling suke "doodads" ehehe.

Aku rase setelah bemain permainan ini,aku akan cuba beberapa teknik kecil untuk refinance balik perbelanjaan gaji aku.Aku akan cuba mintak kurangkan sikit pembayaran hutang aku,lepas tu akan cube simpan sikit duit walaupun hanya RM50.Doodads still ade tapi aku akan cuba kurangkan sebab kalau Doodads takde pun,idup mesti boring punye.

Yang dapat baby tue,aku takleh nak cakap aperla sebab aku masih belum berkahwin lagi.Tapi kalau aku da kahwin dan dapat baby aku akan bersyukurla,takderla macam dalam game sebab bukan ke baby tu anak kite,bakal menyambung zuriat kite?

Walau apepun aku rase seronok dapat main game tue =D