Thursday, September 5, 2013

Cari haluan baru

Misi aku skang,keje,kumpul duit,settle semua hutang dan blah dr sini.nyampah plak tgk muke ko..

Wednesday, September 4, 2013

Bosan

Bosan btol dgn sikap ko yg sentiase rase btol,emo,dan kedekut nk mampos.aku berdoa ko diberi pelajaran.mmg ko dpt pelajaran.tp ko masih x sedar lagi...

Aku x tau ape nk buat lg.aku cume dpt berdoa supaya aku bebas dr ko.bebas dr perangai manusia yg ntah hape hape nth ni...

Monday, September 2, 2013

2 September 2013

Kereta

Aku da pandai bawak keta sikit sikit.Tapi keta aku adela calar sikit sikit.Dan bumper belah kiri da longgar sebb langgar tembok kecik depan rumah mase nk reverse hahaha...

Kewangan

Terus terang aku cakap ak mmg x puas hati dengan kewangan aku.Tahun ni mmg last aku keje dgn kakak aku.Lepas settle hutang aku nak keje tmpat lain.Lantaksla kalo mak aku nak bising ke,nak tarik keta ke.aku x kisah.

Sunday, March 3, 2013

3 March 2013

Pada 1 March 2013,aku telah mendapat sebuah kereta baru.Hehehe...tapi sayangnya aku masih x pandai bawak lagi.So terpakselah aku bawak abang ipar dan kakak aku untuk mengambil kereta itu untuk dibawak balik.Tapi beberapa jam selepas tu mase tengah belajar memandu seorang diri,kereta aku tergesek kereta lain.Adoiyai....rase nak nangis pun ade.Nak tak nak,terpaksa aku bgtau family aku tentang kejadian yang menyedihkan tu.

Apalagi,lepas bagitau,kene semburlah aku,sebab tak reti drive,dah memandai nak test kereta baru,Perghh memang sadis sungguh.Keesokan harinya,dengan bantuan abang ipar aku,die polish balik keta aku.Hilang semua kesan kesan gesekan,namun aku masih bersedih.Takut la plak nak drive.Takut pape jadi lagi.

Thursday, October 25, 2012

25-10-2012 Khamis

Kerja

Sekarang ni aku kerja ngan kakak aku kat restoran.Keje kat restoren sangat penat,tapi aku akan kerja bersungguh sungguh untuk habiskan hutang serta kumpul duit supaya aku boleh beralih ke bidang lain.Bile aku fikirkan tentang masa depan,aku rasa sangat sangat bimbang.Apa yang akan terjadi pada aku 5 atau 10 tahun akan datang?Aku langsung takde idea,ape yang akan jadi pada aku.Adakah aku akan terus begini atau lebih teruk lagi?Sesungguhnya perkara ini memang sangat membimbangkan aku



Kereta

Bile fikir fikir balik,rupenya beli kereta ni agak merugikan sebenarnya.Memang kereta ni untuk kemudahan nak pergi kemana-mana,tapi bile fikirkan balik duit bulanan untuk bayar kereta sampai 4-5 ratus,aku rasa kereta ni akan lebih banyak membuang duit aku.Tu belum masuk duit minyak,duit tol.maintenance lagi.Dahla aku buat mase ni belum menyimpan,lepas beli kereta lagi parahla kot.Konfirm tak boleh nak menyimpan langsung.Memang memeningkan.




Monday, January 2, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Tak Makbul Sebenarnya

Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

MARI MENJADI HAMBA!

Sumber: http://www.langitilahi.com/

Friday, December 30, 2011

30hb December 2011

Wah dah lama kot ak x updet blog ni.Dah banyak sangat mende yg berlaku kat diri ak...Ok jom kite lihat ape yg telah terjadik pada ak......hehe


Handphone baru

Ok kalo dulu ak pakai handphone Sony Ericson,pestu ak tukar jadi blackberry bold.Ak mintak tolong kawan ak carik sekali ngan ak.Mase mule mule ak dapat pakai BB,hanya Allah jerla yg tau perasaan ak.Dulu kn BB cam orang kaye kaye n businessman yg gune kan?Ak rasa cam level ak da naik mendadak biler pakai BB walaupun,bulan tu ak terpaksa ikat perut.Hahaha.Bak kate org,Biar Papa asalkan bergaya ekeke.Gler btol ak time tu,sanggup beli hp tu dan ikat perot selama sebulan.Sejak ak ada BB,memang setiap masa lah dengan BB ak.Makan BB.Tido BB.Lepak ngan membe pun asyik layan BB,sampai dierorg jeles kerapatan ak dan BB ak....wahahaha.Ko hado ke?

Lepas BB ak rosak,ak plak pegi memandai amek skru driver dan bukak BB tuh.Pestu apelagi,makin jahanamlah BB ak.Lepas BB ak rosak terok,ak pun tukar pakai nokia yg paling cikai,sambil mengumpul duit utk beli hp baru yg lebih canggih.Setelah lame ak mengumpul duit,akhirnya ak berjaya membeli sebuah smartphone lama dari htc yang dikeluarkan pada tahun 2009.Itulah handphone pertama yang mempunyai processor 1gb.HTC HD2.Skrin die besar gedabak,so kalo tgk video memangla puas ati sket berbanding hp lain yang bersaiz kecil.So currently ak sedang memakai HTC HD2.....