Thursday, October 25, 2012

25-10-2012 Khamis

Kerja

Sekarang ni aku kerja ngan kakak aku kat restoran.Keje kat restoren sangat penat,tapi aku akan kerja bersungguh sungguh untuk habiskan hutang serta kumpul duit supaya aku boleh beralih ke bidang lain.Bile aku fikirkan tentang masa depan,aku rasa sangat sangat bimbang.Apa yang akan terjadi pada aku 5 atau 10 tahun akan datang?Aku langsung takde idea,ape yang akan jadi pada aku.Adakah aku akan terus begini atau lebih teruk lagi?Sesungguhnya perkara ini memang sangat membimbangkan aku



Kereta

Bile fikir fikir balik,rupenya beli kereta ni agak merugikan sebenarnya.Memang kereta ni untuk kemudahan nak pergi kemana-mana,tapi bile fikirkan balik duit bulanan untuk bayar kereta sampai 4-5 ratus,aku rasa kereta ni akan lebih banyak membuang duit aku.Tu belum masuk duit minyak,duit tol.maintenance lagi.Dahla aku buat mase ni belum menyimpan,lepas beli kereta lagi parahla kot.Konfirm tak boleh nak menyimpan langsung.Memang memeningkan.